Kes ketiga ialah mengenai seorang lagi pelajar Melayu yang
dirujuk kepada guru bimbingan oleh seorang guru. Kerja
sekolahnya mula merosot semasa dalam Tingkatan Empat.
Guru yang pernah mengajarnya semasa dalam Tingkatan Tiga,
telah mula nampak bahawa dia beransur-ansur mengasingkan
diri dalam kelas dan juga pada waktu rehat. Dia menjadi
seperti kera sumbang. Seorang guru telah nampak bahawa
tulisannya yang selalu kemas telah mula merosot dan dia
sendiri juga tidak kemas lagi.
Guru itu kian rnengambil berat terhadapnya kerana
perubahan mengejut yane berlaku dan memanggil pelajar itu ke
suatu tempat untuk berbual. Pelajar itu memberitahu guru itu
yang dia hendak berhenti sekolah dan tidak lagi berminat
tcrhadap pelajaran. Ini memeranjatkan guru itu dan dianggap
aneh kerana pelajar ini boleh dikatakan termasuk dalam
golongan vang pandai. Guru tadi terus menyusuli perkara ini
dan hanva mendapat tahu bahawa masalah sebenarnya ialah
pelajar itu takut tidak berjaya dan dengan itu tidak guna lagi
rnencuba.
Bila guru bimbingan membincangkan masalah ini
dengan pelajar itu, dia memberitahu beberapa perkara yang
penting. Dia mengatakan sebagai contoh, bahawa dia tidak
boleh menandingi kakaknya yang telah berjaya dalam
tinskatan lima. Bila guru bimbingan menyusuli hal ini, di-
dapati scmeniak di sekolah rendah lagi ibu bapanya sering
memandang rendah terhadapnya dan membandingkan secara
tidak adil dengan kakaknya. Ini akhirnya telah membawa
kesan negatif ke atas murid ini. Nyatalah bahawa dia telah
menderita hingga ke tingkatan empat dan kini penderitaan itu
kian bertambah berat. Dengan ini, fahamlah kita mengapa dia
menarik diri dari persaingan itu, dan bergaul dengan kumpulan
rakan-rakan di iuar sekolah dan mula menghisap ganja.
Pelajar ini periu diberi kesedaran bahawa dia tidak perlu
menandingi kakaknya. Melalui siri kaunseling, dia
beransur-ansur menerima hakikat mengikut kebolehan dan
kemampuannya.