JENIS-JENIS DADAH – GANJA (MARTJUANA)

(a) Apakah ganja : Ganja ialah sejenis dadah didapati
dalam bunga dan daun-daun pokok Indian Hemp, Cannabis
Sativa. Pokok ini tumbuh liar di banyak tcmpat di Asia (
termasuk Malaysia), Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Daun
ganja yang kering berwarna hijau pucat. Bau asapnya ialah
bau rumput atau tali terbakar serta bau hangit. Ganja di
dapati di pasaran haram adatrah dalam bentuk campuran, dibungkus
dalam kertas coklat, biasanya berbentuk selinder.
Hashish iaitu resin (gam) yang tulen dari pokok ganja dan di
pasarkan dalam bentuk tongkol-tongkol berwarna coklat
hitam, seperti tanah liat yang keras. Ganja juga dikenaii
dengan Indian Hemp, Bhang, Barang, ‘farik daun, f,oco weed,
Pot, Grass, Mary Jane, Weed, Joints, Sticks, Reefers, Hashish,
dan Budha Stick.

(b) Cara ganja digunakan: Biasanya ganja adalah digunakan
dalam bentuk daun-daun yane kering dengan bunga
pokok ganja yang dihancurkan. Ganja selalunya dihisap
dalam rokok atau paip danjuga boleh digunakan scbagai satu
bahan dalam makanan. Rokok ini dibuat dengan menegulung
daun-daun ganja itu dalam daun nipah yang biasa digunakan
atau dalam kertas rokok dengan digentel kedua-dua hujungnya

Ini dinamakan Joints’,’Budha Stick’ atau’ Reefers’ dan
rnenyala dengan lebih terang dan lebih panas dari rokok
tembakau.

(c) Kesan ganja: Pengguna meiaporkan bahawa berbagai
jenis tindakbalas yang berlaku dari ganja. Ada yang
menjadi khayal selepas satu dos yang kecil. Ada yang menjadi
sugul dan kecewa. Ada juga yang tidak merasa apa-apa kesan
pun. Di bawah pengaruh ganja, watak/peribadi asas tiap-tiap
seorang itu tidak berubah, tetapi tindakbalas kelakuannya
mungkin berubah. Tindakbalas yang selalu terdapat ialah
perasaan di auwang-awangan, khayalan yang berlebih-lebihan
dan ketakmampuan untuk mengukur masa dan ruang. Pengguna
nampaknya seperti hendak rnabuk, merenung kosong ke
angkasa dan matanya nampak bersinar-sinar. Bagaimanapun
sekiranya mereka berdepanan dengan sesuatu perkara yang
tidak baik, dia mungkin jadi cemas, agak khayal dan takut.
Dengan bertambahnya dos, halusinasi timbul dan oleh kerana
itu, ganja kadang-kadang diuelar sebagai halusinasi yang
rinsan. Kesan penuh ‘pengembaraan’ ganja ini berterusan
antara tiga ke lima jam dan selepas itu pengguna berasa letih,
lesu dan lapar. Ada kalanya ini diikuti dengan rasa mengantuk.