(a) Apakah Amfetamin : Amfetamin mula-mula dihasilkan
dalam tahun 1920 untuk kegunaan perubatan. Ia
rnerupakan ubat perangsang kepada sistem saraf pusat dan
terkenal dengan kebolehannya untuk menahan rasa mengantuk
dan keletihan. Ia juga kadang-kadang diganakan untuk
membunuh selera makan dalam usaha mengurangkan berat
badan di bawah penyeliaan perubatan. Ubat perangsang yang
sangat kerap digunakan ialah amfetamin (Benzadrine), dek_
stroamf etamin (Dexedrine) dan methamfetamin (Methedrine).
Amfetamin boleh dibeli secara sah dengan nasihat doktor, secara
haram, atau melalui pengedar dadah. Ampfetamin juga
dikenali sebagai Speed Pep-pills, Dexies, Ups, Bernis, Driveis,
Crossroads, Footballs, Co-pilot, Hearts, Crystals, Wake-ups,
Eve-opener,’A’ dan’S’.
(b) Cara Amfetamin digunakan: Amfetamin dimakan
daiam bentuk tablet atau kapsul. Ada juga yang dalam bentuk
cairan dan dimasukkan ke dalam pemtruluh (intravena),
tetapi ini bukanlah satu cara yang lazim,
(c) Kesan Amfetamin: Dos yang sederhana yang diberi
oleh doktor boleh menghalang keletihan, mewujudkan
rasa kesegaran, percaya kepada diri sendiri dan rasa gembira.
Tetapi bagi orang-orang tertentu keadaan ini pula akan diikuti
dengan perasaan kecewa atau sugul. Walau bagaimanapun
dos yang kecil akan mewujudkan perasaan gembira yang
luar biasa dan menyebabkannya lebih cergas lagi. Dos-dos
yang besar seperti yang diterima melalui suntikan atau memakan
pil dengan banyak, mewujudkan keyakinan pada diri
sendiri, berkuasa dan keseronokan yang berlebih-lebihan.
Pengguna-pengguna yang teruk akan menunjukkan keresahan
atau ketakutan, tangan menggeletar, mata hitam membesar,
mulut kering dan berpeluh dengan banyak. Mereka mungkin
kuat bercakap dan mengalami dilusi dan halusinasi. Mereka
yang ketagih selalunya berterusan menggunakan Ampfetamin
selama tiga atau empat hari, tidak makan apa-apa dan sentiasa
bergerak hinggalah mereka jatuh pengsan kerana keletihan.
(d) Bahaya Amfetarnin: ‘Speed Kills’ adalah satu
cosan kata yang digunakan untuk methedrine oleh belia-belia
Amerika, dan juga bermaksud lain-lain jenis Amphetamin.
Walaupun dadah-dadah ini tidak membawa ketagihan fizikal
(physically addictive), para pengguna boleh terjerat secara
emosi dan psikologi. Oleh kerana badannya membina daya
tahan terhadap ampfetamin, pengÃ,Âgunaannya biasanya satu
hala sahaja iaitu ke arah dos-dos vang lebih banyak dan lebih
kerap. Kalau penggunanya teruk dan berlanjutan, pengguna
akan menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai skizofrenia
paranoik. Bahayanya terbahagi kepada tiga peringkat:
(i) Pengguna mungkin menjadi ganas, terutama apabila
mereka masuk ke peringkat paranoik (paranoic).
(ii) Pengguna sangat mudah diserang oleh demam pam-
paru, kurang zat makanan dan letih lesu kerana
tidak makan dan tidak tidur.
(iii) Pengguna boleh mendapat sakit darah tinggi, degup
jantungnya bertambah kuat, sakit jantung dan kerosakan
otak yang berkekalan”