DASAR KEMENTERTAN PELAJARAN MALAYSIA MENGENAI PENCEGAHAN SALAH GUNA DADAH

Kemasukan dadah ke negara ini sebahagiannya adalah
disebabkan Malaysia terletak berhampiran dengan kawasan pe-
nanaman popi yang terkenal iaitu “The Golden Triangle”
di utara Thailand, Laos dan Burma. Penyeludup-penyeludup
menggunakan kemudahan perhubungan di negara ini untuk
menyeludupkan dadah ke negara-negara Eropah, Amerika
Utara dan Australia. Sebahagian daripada dadah ini dijual
kepada penagih-penagih tempatan. Dadah juga dibawa oleh
askar-askar Amerika yang menjadikan negara ini salah satu
tempat beristirehat (rest and recuperate) mereka dari
peperangan di Vietnam. ”

Kementerian Pelajaran menyedari tentang merebaknya
perbuatan penyalahgunaan dadah, secara beransur-ansur
membentuk dan mengumumkan dasarnya mengenai
penyalahgunaan dadah. Dalam masa yang sama langkah-langkah
yang sesuai telah diambil untuk menvekat penyalahgunaan
dadah di kalangan murid-murid sekolah dari merebak.
Huraian berikut bertujuan untuk memberi rasional mengenai
pendekatan-pendekatan semasa yang sedang digunakan di
sekolah bagi mengatasi masalah penyalahgunaan dadah
khusus untuk guru bimbingan dan para guru

Unit Kesihatan dan Unit Bimbingan terliirat dalam
mengambil langkah-langkah awal pencegahan pada awal
tahun tujuh puluhan. Sumbangan Unit Kesihatan ialah
menghasilkan carta imbasan pada tahun ).974. Carta itu memberi
huraian menyeluruh mengenai dadah yang sering digunakan,
petanda-petanda penyalahgunaan dan juga bahaya-bahaya
yang berkaitan dengan penggunaan dadah” Carta-carta itu
kemudian dikumpulkan dalam buku yang telah diterbitkan
bagi kegunaan kakitangan pendidikan Kesihatan. Oleh yang
demikian, mereka mempunyai kemampuan untuk mengesan
pencuba, pengguna lazim dadah. Sejak 1971 Unit Bimbhgan
memasukkan ceramah mengenai penyalahgunaan dadah oleh
seorang pakar jiwa yang terkenal sebagai sebahagian penting
dalam Kursus – Dalam – Perkhidmatan untuk kakitangan
Sekolah-sekolah Menengah. Ceramah ini diikuti oleh sessi
soal jawab mengenai beberapa aspek rnasalah penyalahgunaan
dadah seperti sebab-sebab penyalahgunaan dadah di kalangan
belia, Lrerbagai jenis dadah yang digunakan, kesan-kesan
farmasi tentang kegunaan dadah berkenaan, tanda-tanda
penggunaan dan pendekatan-pendekatan yang dicadangkan
yang mungkin boleh digunakan untuk mencegah
penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid sekolah. Satu lagi
bahagian dalam pencegahan penggunaan dadah yang diberikan
dalam kursus ialah kaunseling amali di mana masalah-masalah
yang sengaja ditimbulkan oleh kaunseling kepada
kaunselor adalah merupakan masalah yang berhubung dengan
masalah penyalahgunaan dadah

Kementerian Pelajaran telah diwakili di dalam beberapa
Jawatankuasa Kerajaan yang ditubuhkan pada masa itu untuk
menghadapi masalah penyalahgunaan dadah. Penyertaan
Kementerian Pelajaran dalam beberapa seminar, persidangan
dan mesyuarat-mesyuarat telah menolong melahirkan dasar
dan pendekatan-pendekatan vang boleh digunakan di dalam
situasi sekolah.

Sejak tahun 1975, Kementerian Pelajaran telah
mengeluarkan beberapa Surat Ikhtisas bertujuan menghadapi
masalah penyalahgunaan dadah. Satu penelitian mengenai beberapa
surat pekeliling dan beberapa aktiviti yang dilaksanakan
oleh Kementerian Pelajaran akan menolong menjelaskan
falsafah, dasar dan strategi pencegahan penyalahgunaan
dadah secara menyeluruh.